MINGGU 1 (13/9/2016)
|
|
Firdaus
|
Saya Muhammad Firdaus bin Abu Hassan
pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan semester 4 yang mengambil subjek
kursus CTU 555 iaitu sejarah dan hubungan etnik di Malaysia. Ustazah Mahfuzah
bt. Mohd Zabidi ialah pensyarah yang akan mengajar dan menerangkan tentang
subjek kursus ini. Ustazah telah menerangkan peraturan-peraturan semasa di
dalam kelas dan adab ketika belajar.
Maka dengan itu saya berazam
akan untuk cuba lebih memberi perhatian dan menjaga tingkah laku saya semasa
di dalam kelas supaya tidak menggangu konsentrasi semasa pembelajaran dan
pengajaran.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah belajar bahawa setiap
ilmu yang kita pelajari jika tiada kecintaan terhadap Rasululah, ia akan
menjadi sia-sia. Kecintaan terdadap Rasullullah dapat mebuatkan setiap ilmu
yang dipelajari lebih bermanfaat serta menjadi ibadah. Hal ini juga berkaitan dengan niat kita mempelajari sesuatu ilmu.
Dengan
ini, saya berazam untuk mewujudkan kecintaan terhadap Rasullullah ketika
belajar samaada ilmu farhu ain mahupun ilmu kifayah. Saya juga berazam untuk
memperbetulkan niat saya untuk belajar agar niat saya terarah kepada untuk
mengenal Raullullah dan untuk mengenal Allah serta agama Islam dengan lebih
mendalam.
|
Aqmal
|
Pada hari ini saya telah belajar tentang betapa
apa yang kita lakukan pada saat ini, jika tidak berpaksikan kepada tujuan
niat hanya untuk mencari ilmu dan untuk mengenal Rasullullah Sollallahu'alaihiwasalam,
maka, segalanya menjadi sia-sia. Ia merupakan kesedaran yang menjentik hati
saya betapa selama ini kita telah ditipu daripada sudut hati oleh Syaitan
yang menyangka bahawa pencarian ilmu kita di alam menara gading adalah
segalanya. Walhal, ia hanya kekosongan yang nyata jika tidak berlandaskan
kepada untuk pengenalan Rasullullah Sollallahu'alaihiwasalam.
Maka, dengan ini saya berazam untuk tajdid niat
agar apa sahaja perbuatan yang kita lakukan di muka bumi adalah disandarkan
untuk mengenali junjungan besar kita, Rasullullah Sollallahu'alaihiwasalam.
|
Amri
|
Pada hari
ini merupakan kelas pertama untuk mata pelajaran sejarah Malaysia, untuk
kelas yang pertama ini ustazah banyak memberi "briefing" tentang
mata pelajaran ini. ustazah juga banyak menekankan bahawa ilmu ini milik
Allah dan bagaimana untuk mendapatkan berkat dalam menuntut ilmu.
Jadi pada
hari ini saya berazam untuk memberi sepenuh perhatian dan berusaha untuk
mendapatkan yang terbaik bagi mata pelajaran sejarah Malaysia ini.
|
Adam
|
Saya Adam
bin Ishak pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan semester 4 akan mengambil
dan mempelajari subjek CTU 555 iaitu Sejarah dan Hubungan Etnik di Malaysia
pada semester ini.Ustazah banyak memberi pengenalan pada hari ini dantelah
menekankan ilmu itu milik Allah dan perlunya mendaoat berkat ketika menuntut
ilmu.
Maka pada
hari ini saya berazam untuk memberi sepenuh perhatian ketika kelas ini dan
mendapat ilmu yang berkat di sisi Allah ketika mempelajari subjek ini.
|
Shubli
|
Pada hari
ini, saya Muhammad Shubli bin Othman telah mempelajari bahawa setiap apa yang
kita lakukan mestilah berniat kerana Allah SWT. Sekiranya perkara yang
dilakukan itu di niatkan selain dari Allah SWT, sesungguhnya perkara yang
dilakukan itu hanya palsu semata-mata kerana tiada niat yang mengikat kita
dengan Allah SWT.
Dengan itu
saya berazam, saya akan memperbetulkan niat saya dalam mempelajari ilmu
perkaunan bukan hanya untuk kekayaan dunia tetapi kerana Allah SWT agar
pembelajaran yang saya lakukan memberi manfaat kepada saya dunia dan akhirat.
|
MINGGU 2 (20/9/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya Muhammad Firdaus bin Abu
Hassan telah mempelajari mengenai pengenalan kepada kehidupan manusia iaitu
manusia adalah mahluk yang bermasyarakat, popuplasi manusia yang besar, unit
asas dalam masyarakat dan unit asas bagi seseorang individu ihsan.
seterusnya, ustazah juga telah menerangkan perjanjian manusia di alam roh
dengan pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T. Ustazah banyak menekan potongan ayat
' Balaa Syahidna' yang membawa maksud manusia mengaku bahawa ALLAH adalah
pencipta manusia tanpa tanpa paksaan juga menerangkan proses dimana roh
ditiupkan ke dalam jasad manusia.
Maka dengan itu saya berazam
untuk mengotakan janji saya yang telah dimeterai semenjak di alam roh dengan
menjaga adab saya dengan ALLAH dan mahluk lain ciptaanNya.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa hidup
bermasyarakat sudah lama berlaku sejak dari alam roh. Pada waktu roh
diciptakan lagi, manusia telah bersama-sama bersaksi akan kekuasaan Allah
s.w.t. tanpa ada sebarang paksaan. Hal ini dapat dilihat melalui kisah
Perjanjian Asali yang telah diceritakan dalam Al-Quran. Hal ini juga
menunjukkan bahawa manusia sebenarnya secara sukarela menghambakan diri
kepada Allah.
Dengan ini, saya berazam untuk terus
menghambakan diri kepada Allah di samping cuba untuk mengajak kaum lain untuk
menerima Islam menjadi pegangan hidup serta cara hidup mereka agar kita
sama-sama dapat kembali bertemu dengan Allah dalam keadaan beriman dan
bertakwa kepadaNYA.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya telah belajar asas kepada
penyatuan kaum secara khususnya di Malaysia adalah melalui pengakuan kita
terhadap perjanjian asali iaitu "Alastubirobbikum" Lalu, dijawab
oleh sekalian roh dengan "Bala, syahidna". Melalui perjanjian ini,
jelas menunjukkan bahawa di sisi roh yang mulia itu, tiada perbezaan antara
kita.
Justeru, saya berazam, apa jua kebobrokan
yang terjadi dek kelekangan akhlak dalam melayan hak kesamaan antara kaum
membengkak, pastinya saya akan melihat kepada satu sisi bahawa kita semua
dahulunya pernah 'bersama' dan tiada persengketaan antara kita. Kita cuma
berkelahi angkara warna kulit, pangkat, bangsa, yang secara pastinya
dijadikan oleh Allah sebagai ujian semata-mata kepada Hamba-Nya agar kita
tidak melampaui batas.
|
Amri
|
Pada hari
ini saya telah belajar tentang konsep lima alam dimana salah satunya ialah
alam roh. Di dalam alam roh tersebut telah berlakunya perjanjian asali antara
sekalian roh dan penciptanya iaitu Allah.
Jadi pada
hari ini saya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berusaha
untuk melaksanakan perjanjian asali yang telah berlaku di alam roh.
|
Adam
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa telah berlaku perjanjian sejak azali lagi
antara sekalian roh dan pencipta mereka iaitu Allah S.W.T. Saya juga telah
mempelajari bahawa roh-roh telah hidup bermasyarakat sejak di alam roh lagi.
Maka pada
hari ini saya telah berazam untuk melakasanakan janji yang telah dimeterai
sejak dari azali lagi di alam roh dengan Allah S.W.T. Saya juga berazam untuk
menjadi manusia yamg taat kepada perintah Allah S.W.T.
|
Shubli
|
Pada hari
ini, saya telah mempelajari mengenai perjanjian asali antara umat manusia dan
Allah SWT di alam roh. Bahawa umat manusia mengatakan ‘Balaa Syahidna’(YA!
Kami besaksi) apabila ditanya oleh Allah SWT bahawa sesungguhnya Allah SWT
adalah tuhan sekelian alam dan pencipta mereka (umat manusia).
Dengan
itu, saya berazam akan mengotakan janji saya terhadap Allah SWT dan juga
memperingati orang sekeliling saya mengenai perjanjian tersebut. Saya juga
tidak akan memandang serong terhadap orang disekeliling saya kerana merekalah
yang berada disisi saya di alam ketika perjanjian itu dimeterai.
|
MINGGU 3 ( 26/9/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya Muhammad Firdaus bin Abu
Hassan telah belajar tentang perjanjian Iblis terhadap ALLAH untuk
menyesatkan kaum adam dan hawa di muka bumi ini. Perjanjian ini terjadi
kerana Iblis yang claim mereka adalah lebih mulia daripada Nabi adam kerana
mereka dicipta berdasarkan api yang nak dibandingkan dengan Nabi Adam yang
diciptakan berdasarkan tanah, ALLAH menyuruh Iblis untuk tunduk kepada Nabi
Adam dan telah mencetuskan rasa memberontak terhadap penciptaNya.
Maka dengan itu saya berazam
untuk mengawal dan sebolehnya mengelak daripada tipu daya syaitan yang kini
semakin teruk seperti kes rasuah di malaysia, sabah, rasa iri hati terhadap
orang lain, menfitnah orang tanpa soal selidik dan lain- lain. Ustazah juga
menerankan 3 perjuangan manusia di muka bumi ini iaitu 1) mengawal tipu daya
syaitan 2) berdakwah 3) menjaga adab.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah belajar bagaimana untuk
mendapat hidayah daripada Allah, kita seharusnya mempunyai ilmu tentang
Rasullulah. Semua tingkah laku, perkataan serta sifat Rasullulah haruslah
diketahui umat Islam agar kita tidak terpesong daripada ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasullullah. Hal ini dapat dilihat apabila Allah menyatakan di
dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan mempercintakan manusia terhadap iman
serta memperbencikan manusia terhadap kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan
melainkan manusia tersebut mengenali Rasullullah.
Dengan ini, saya berazam untuk terus
mengenal Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w. agar saya dapat mengikut jejak
langkah Rasullullah dalam semua aspek kehidupan sekaligus mendekatkan dir
saya dengan Allah s.w.t.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya belajar bahawa kita sedang di
dalam pertarungan antara membawa diri kita untuk mengotakan janji asali kita.
Secara tidak langsung, kita juga berperang dengan perjanjian Syayatin yang
mahukan keturunan Adam menjadi temannya di neraka Jahanam kelak. Pertembungan
ini terjadi semata-mata hanya kerana Allah mahu menguji keimanan dan bukanlah
untuk kita rasa terseksa dan mempertikai takdir.
Maka, saya berazam untuk terus isitiqomah dan
mengotakan janji asali yang pernah dilafazkan meskipun pada saat ini, saya
tidak mengingati janji tersebut. Tetapi, itulah ujian Allah agar nanti kita
tidak mempertikaikan kederhakaan dan kelalaian kita di akhirat kelak.
|
Amri
|
Pada hari
ini saya telah belajar bahawa dalam usaha untuk menunakai perjanjian asali,
terdapat satu puak iaitu syaitan berusaha untuk menyesatkan anak cucu adam
dan membawa mereka masuk ke neraka bersama mereka.
Jadi pada
hari ini saya berjanji untuk menjadi istiqamah dalam memenuhi perjajnjian
asali tersebut, dan berusaha unutk melawan godaan syaitan.
|
Adam
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa di samping perjanjian kita dengan Allah
S.W.T, iblis juga telah membuat satu perjanjian dengan Allah S.W.T untuk
menyesatkan umat manusia dan membawa mereka semua ke dalam neraka sehinggalah
hari kiamat.Ini adalah disebabkan oleh sifat dengki iblis dengan penciptaan
Nabi Adam A.S.
Maka saya
berazam untuk terus beristiqamah dalam menjadi seorang hamba yang taat kepada
Allah S.W.T dan berusaha untuk mengelakkan diri dari tertipu dengan tipu daya
dan hasutan syaitan.
|
Shubli
|
Pada hari
ini, saya telah belajar mengenai perjanjian iblis bersama Allah SWT mengenai
usaha syaitan dalam menyesatkan umat manusia. Ini disebabkan mereka merasakan
bahawa diri mereka lebih mulia daripada manusia seterusnya mengingkar
perintah Allah untuk sujud kepada Adam.
Dengan itu
saya berazam akan beristiqamah agar sentiasa memperingati perjanjian asali
antara manusia dan Allah SWT agar tidak mudah diperdaya oleh syaitan.
|
MINGGU 4 (4/10/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya Muhammad Firdaus bin Abu
Hassan tlah mempelajari konsep asas etnik yang terdiri daripada.Pertama,
akomodasi iaitu kumpulan etnik yang sedar dan hormat kepada norma dan nilai
kumpulan etnik lain tetapi mempertahankan budaya masing- masing dan hidup
secara aman dan harmoni. Kedua, akulturasi bermaksud pinjaman budaya lain
contoh pakaian, makanan dan bahasa . Ketiga, Asimilasi yang bermaksud hilang
identiti asal sebagai contoh baba nyonya hidup gaya melayu tetapi beragama
buddha.Keempat, Amalgasi iaitu perkahwinan campur. Kelima, Streotype yang
bermaksud melabel seseorang atau sesuatu kumpulan lain dengan kenyataan umum
yang negatif sebagai contoh 'cina babi', 'melayu malas' dan lain-lain.
Diskriminasi, merupakan pandangan dan pemikiran yang negatif terhadap
kelompok etnik yang lain sebagai contoh dasar apartheid yang membezakan warna
kulit.
Salah satu konsep yang
menarik perhatian saya adalah Streotype iaitu melabel seseorang individu dan
sesuatu kumpulan lain dengan kenyataan yang negatif yang akan menyinggung
perasaan mereka, dengan itu saya berazam akan lebih berhati-hati dan befikir
dahulu sebelum bercakap.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah mempelajari
bagaimana tanggapan negatif – prejudis terhadap budaya asing boleh membawa
kepada perpecahan terutama Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis budaya.
Pada zaman ini kita juga telah dapat melihat bagaimana sesetengah pihak
secara terbuka menyatakan pandangan negatif mereka terhadap budaya lain. Hal
ini dapat menimbulkan bibit-bibit permusuhan di kalangan warganegara
Malaysia. Hal ini bertentangan ajaran Rasullullah yang
telah mengajar umat Islam tentang keterbukaan Islam mengenai budaya lain. Hal
ini dapat dilihat apabila Rasullulah berjaya menyatukan kaun Aus dan Khazraj
di Madinah selain daripada Kaum Muhajirin dan Ansar apabila penghijrahan ke
Madinah berlaku.
Dengan ini, saya berazam untuk menghapuskan segala prejudis terhadap
budaya lain dan tidak melabel budaya lain tanpa mengenali budaya tersebut
dengan lebih mendalam.
|
Aqmal
|
Pada hari ini saya belajar tentang bagaimana
proses penerimaan sesuatu budaya itu mampu menjurus kepada unsur positif atau
negatif. Namun, kita sebagai umat Islam, menghormati perbezaan dan meraikan
persamaan itu amat dituntut oleh Islam. Maka, unsur negatif yang bermula
daripada streotype dan dimajukan kepada diskriminasi sewajibnya ditegah
daripada terjadi kerana sirah Rasullullah Sollallahu'alaihiwasalam cukup
mengajar kita bahawa perbezaan budaya dan warna kulit bukan penghalang
daripada kita menjadi orang yang bertaqwa di sisi Allah. Bahkan, Islam
merupakan agama yang pesat berkembang kerana intipatinya yang tidak
bercanggah dengan adat selagimana adat tersebut tidak melanggari syariat
Islam.
Maka, dengan ini saya berazam, saya perlu
mendidik diri saya daripada pandangan jelik kepada kaum lain yang
menjadi penduduk bertaraf sah di Malaysia kerana semuanya berpangkal kepada
satu nahtijah, bahawa kita semuanya sama dan kita dahulunya pernah mengakui "Bala,
Syahidna"
|
Amri
|
Pada hari
ini saya telah belajar tentang interaksi antara kaum. interaksi antara kaum
ini boleh membawa kearah positif dan kearah negatif mengikut sifat individu
tersebut. Apabila berlakunya interaksi secara positif akan berlaku akomodasi,
akultrasi, asimilasi dan amalgamsi. Sebaliknya, apabila berlaku interksi yang
ke arah negatif maka prejudis, stereotype, diskriminasi dan akhirnya
peperangan akan tercetus.
Pada hari
ini saya berazam untuk untuk menjadikan setiap interaksi saya dengan orang orang
sekeliling ke arah positif.
|
Adam
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa terdapat pelbagai pro dan kontra dalam
usaha interaksi antara kaum yang berlainan.Antara pro dalam interaksi antara
kaum ialah mewujudkan fenomena akomodasi, akulturasi, asimilasi sehinggalah
kepada amalgasi.Sebaliknya kontra yang akan terjadi apabila berlaku antara
interaksi antara kaum ini ialah ia akan mewujudkan isu-isu sosial tidak sihat
seperti sterotype dan prejudis antara satu sama lain.Akhirnya negara akan
menjasi tidak aman akibat perpecahan antara kaum.
Maka itu
saya berazam untuk mengahapuskan segala prejudis terhadap budaya-budaya lain
dan juga untuk bersikap positif terhadap perbezaan kaum dan budaya lain
kerana semua ialah sama di sisi Allah S.W.T.
|
Shubli
|
Pada hari
ini, saya telah belajar mengenai penerimaan secara positif atau negatif
berkenaan percampuran kaum itu bermula dari diri individu itu sendiri. Ibu
bapa perlu menekankan pendidikan agama dengan lebih mendalam bukan sahaja
terhad kepada bacaan Al-Quran dan solat sahaja bahkan mengenai cara Islam
dalam kehidupan bermasyarakat. Islam tidak memandang warna kulit, paras rupa
atau status sebagai kayu ukur darjat seseorang. Bahkan orang yang mulia
disisi Allah SWT adalah orang yang berilmu.
Dengan ini
saya berazam agar lebih bersikap positif dan terbuka terhadap perbezaan kaum
lain selagi mana ia tidak menindas atau menghina agama Islam. Saya juga tidak
akan memandang taraf orang sekadar pada rupa mereka sahaja.
|
MINGGU 5 (11/10/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya Muhammad Firdaus bin Abu
Hassan telah mempelajari bahawa penggunaan perkataan 'Kalau' adalah salah
untuk digunakan apabila menyesali sesuatu perbuatan yang telah berlaku
pada masa silam, hal ini adalah kerana perkara yang telah berlaku mungkin ada
kebaikan disebaliknya dan menunjukan kita tidak dapat menerima takdir qada
dan qadar yang telah di rancang oleh ALLAH S.W.T. sedangkan Allah lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk hamba- hambanya. Tetapi kita boleh
menggunakan 'Kalau' apabila kita menyesali perbuatan kita yang lepas dan
tidak akan mengulanginya atau memperbaiki pada masa hadapan.
Maka dengan itu saya berazam untuk cuba tidak
menggunakan perkataan kalau dalam pertuturan harian saya dan saya akan
bersyukur dengan apa yang telah berlaku kerana Allah lebih mengetahui untuk
hamba- hambaNya.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah
belajar bahawa perbuatan yang saya anggap selama ini adalah betul tapi
sebenarnya salah. Niat
sesetengah masyarakat yang sebenarnya ingin mencegah kemungkaran atau maksiat
sebenarnya adalah perbuatan mencari kesalahan orang yang telah dilarang oleh
Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Hujrat ayat 12.
Fikiran
saya terganggu ketika mendengar kisah bagaimana Khalifah Umar al-Khatab tersentak
ketika seorang lelaki mengingatkan kembali kepada Khalifah Umar tentang apa
yang telah diperkatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengenai perbuatan mencari
kesalahan orang lain, Walhal Khalifah Umar ketika itu hendak menangkap lelaki
tersebut yang berniat untuk minum arak di rumahnya. Akan tetapi, disebabkan
perbuatan Khalifah Umar yang telah mengintip lelaki tersebut sehingga ke
rumahnya hanya untuk menangkap lelaki tersebut minum arak, perbuatan tersebut
telah menjadi perbuatan mencari kesalahan orang lain yang dilarang oleh Allah
s.w.t.
Disebabkan
itu, pada hari ini saya berazam untuk tidak mencari kesalahan orang lain
melainkan kesalahan atau maksiat tersebut diperlihatkan oleh Allah kepada
saya dan saya bertanggungjawab untuk menegur dan menhindari maksiat tersebut.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya belajar bahawa sifat Islam
yang harmoni adalah Nahi Mungkar kepada dosa yang zahir sahaja. Dosa yang
dikategorikan sebagai dosa peribadi tidak sewajarnya bahkan ditegah daripada
diintip dan dicari-cari. Melalui pendekatan ini, kita akan lebih mempercayai
bahawa, mana-mana dosa yang dilakukan dalam keadaan tersorok dan tertutup
itu, dan tidak dapat dikesan, maka, mahkamah Allah sahaja yang berhak
membalas dan mengadili perbuatan hinanya itu.
Maka, dengan ini saya berazam, peneguran terus
kepada mana-mana individu yang melakukan dosa maksiat secara terang-terangan
harus dipraktikkan. Tetapi, aib orang yang melakukan dosa peribadi secara
senyap tidak wajar dihebohkan. Bahkan, Allah jualah yang menutup aib tiap
satu Hamba-Nya.
|
Amri
|
Pada hari
ini saya telah belajar bahawa pengguaan perkataan 'kalau' akan membuka pintu
untuk syaitan. Hal ini sering berlaku kepada yakni saya sering mengunnakan
perkataan kalau apabila berlaku sesuatu yang buruk keatas diri saya.
Jadi, pada
hari ini saya berazam untuk tidak lagi menggunkan perkataan kalau kerana apa
yang berlaku itu sudah dirangkan oleh Allah dengan teliti dan pasti ada
hikmah disebalik setiap apa yang berlaku itu.
|
Adam
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa penggunaan perkataan 'kalau' adalah salah
terutama apabila kita menggunakannya untuk menyesali perbuatan yang telah
kita lakukan pada masa silam.Kita haruslah menerimanya sebagai salah satu
ketentuan qada' dan qadar dan yakin dengan keputusan Allah S.W.T itu sendiri
kerana Dia mengetahui apa yang kita tidak tahu.
Maka itu
saya berazam untuk tidak lagi menggunakan perkataan 'kalau' dalam mengingati
kesalahan yang telah saya lakukan dahulu dan sentiasa memendang ke hadapan
untuk mejadi manusia yang lebih baik.
|
Shubli
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa 'Amar Makruf Nahi Mungkar' perlu mempunyai
batas. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap orang lain tanpa bukti yang
nyata seterusnya menceroboh privasi orang tersebut. Perbuatan ini tidak
dibenarkan dalam Islam seperti yang di ambil contoh kisah Umar
al-Khattab di mana beliau melihat seorang pemuda membeli arak lantas
mengintip rumah pemuda tersebut kerana mensyaki pemuda tersebut minum arak.
Dengan ini
saya berazam akan tidak buruj sangka terhadap orang sekeliling saya dan juga
saya akan memperbetulkan cara Amar Makruf Nahi Mungkar agar selari dengan
cara yang dilandaskan oleh Islam.
|
MINGGU 6 (18/10/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya Muhammad Firdaus bin Abu
Hassan telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu Tasawuf yang membawa maksud
menyucikan hati seseorang itu dan menganggap Allah S.W.T melihat segala
perbuatan kita juga Ihsan dengan melakukan sesuatu kebaikan dengan keikhlasan
tanpa mengungkit di kemudian hari.
Maka dengan itu saya berazam untuk lebih
mempraktikan ilmu Tasawuf ini dalam kehidupan harian saya.
Pada hari ini juga saya telah mempelajari
perbezaan antara pluraliti yang membawa maksud masyarakat majmuk tanpa paksaan
dan pluralistik iaitu masyarakat majmuk secara paksaan. sebagai contoh pada
zaman melayu Melaka dahulu apabila pedagang Arab yang menetap di tanah melayu
dan mula menyebarkan agama Islam melalui perkahwinan campur antara pedagang
arab dan penduduk tempatan dan agama Islam mula diterima oleh masyrakat
melayu tanpa paksaan. Seterusnya, sebagai contoh pluralistik apabila
penjajah yang membawa ideologi perbezaan antara agama dan kehidupan dunia
sebagai contoh Raja- raja melayu hanya terhad kepada urusan agama Islam dan
Adat Istiadat melayu sahaja dan urusan negara dipegang oleh penjajah
Maka dengan itu saya berazam akan lebih untuk memahami konsep pluraliti masyarakat di Malaysia dengan lebih mendalam.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah belajar bagaimana
keterbukaan Islam terhadap agama serta budaya asing. Keterbukaan Islam dapat
dilihat melalui cara orang Islam dan kafir meluaskan pengaruh mereka. Orang
Islam menggunakan perkataan “Pembukaan” seperti contoh Pembukaan Kota Makkah
yang membawa erti Rasullullah telah membuka pintu hati rakyat Makkah terhadap
Islam. Hal ini bertentangan dengan idea penjajahan Kristian yang membawa
ideolagi “Imperialisme” dan “Kolonialisme” seperti contoh yang berlaku di
Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kita dapat lihat bagaimana penjajahan
British ke atas Tanah Melayu telah menguabah sistem pentadbiran negara yang
berpaksikan sistem pemenrintahan British.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak menggunakan
perkataan kasar yang sering digunakan oleh segelintir pihak untuk menegur
orang yang melakukan kemungkaran. Saya berazam untuk menegur dengan
cara yang lembut tanpa ada paksaan dalam teguran tersebut. Jika tidak
menjadi, saya akan terus-terusan berdoa agar Allah menggerakkan hati insan
tersebut.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya belajar bahawa tiada rekod
yang ditemukan sepanjang tempoh daripada kerajaan Melayu Melaka sehingga
zaman kemerdekaan tentang berlakunya murtad di kalangan orang Melayu. Saya
bersetuju bahawa pemantapan akidah seorang Muslim itu tidak hanya diukur
melalui pemakaian hijab atau serban, kopiah semata-mata. Namun, perkara asas melalui
pemantapan rukun iman, rukun Islam dan ihsan seharusnya diterapkan terlebih
dahulu sebelum berbicara soal aurat, ibadat dan lain-lain. Kerana apabila
perkara asas ini telah lunas, maka, hati kita akan lebih lunak untuk menerima
syariat yang diperintahkan oleh Allah kepada Hamba-Nya. Perlu kita akui
bahawa segala syariat yang diturunkan oleh Allah adalah bukan untuk
kepentingan-Nya. Namun, ia semata-mata untuk kemaslahatan kita selaku
Hamba-Nya yang hina dina.
Maka, dengan itu saya berazam untuk memantapkan
kendiri soal akidah (rukun iman, rukun Islam, ihsan) agar kegelongan
mengenai penafian hak sebagai Hamba Allah tidak menjerumuskan saya sorang
Hamba yang kufur dan tidak bersyukur.
|
Amri
|
Pada hari
ini saya telah belajar tentang ihsan iatu konsep taasawuf. Pada mulanaya saya
berasa sangat asing dengan konsep ini tetapi pada hakikatnya konsep ini
sepenting konsep iman dan islam.
Jadi pada
hari ini saya berazam untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai kosep
tassawuf ini.
|
Adam
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari bahawa pemantapan konsep tasawuf sangatlah penting
dalam mengukuhkan identiti Islam dalam diri seorang orang Islam kerana
tasawuf seperti tang diketahui amat menitik beratkan menyucikan hati kita dan
yakin bahawa Allah S.W.T melihat segala perbuatan kita serta perlulah juga
untuk kita melakukan sesuatu kebaikan itu dengan penuh keikhlasan.Ini semua
penting bagi mengelakkan akidah kita sebagai orang Islam terpesong dek
hasutan syaitan dan orang lain.
Maka itu
saya berazam untuk cuba mempelajari dengan lebih mendalam akan ilmu tasawuf
ini dan juga menjadi seorang hamba yang taat dengan segala perintahNya.
|
Shubli
|
Pada hari
ini saya telah mempelajari mengenai kehebatan masyarakat Melayu lama dimana
masyarakat melayu dahulu maju kehadapan bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan
perhubungan luar antarabangsa. Selain itu, dikhabarkan bahawa melayu menerima
islam melalui Rasulullah SAW(Kisah Raja Melayu lama bertemu Rasulullah
didalam mimpinya dan dicerita mengenai Islam oleh baginda) itu sendiri dimana
menunjukan betapa melayu ini hebat dan mempunyai taraf.
Dengan ini
saya berazam agar tidak lagi berasa masyarakat melayu ini tidak mempunyai
pencapaian yang hebat dan saya akan berusaha agar suatu hari nanti sejarah
kegemilangan melayu dapat diulang semula.
|
MINGGU 7 (25/10/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari
ini saya Muhammad Firdaus Bin Abu Hassan belajar mengenai pertubuhan Malayan
union pada tahun 1 April 1946 yang bertujuan untuk mengawal kuasa politik TM
yang bekerjasama dengan Jepun yang ditadbir oleh gabenor british. Secara tak
langsung menyebabkan raja-raja melayu hilang kuasa pemerintahan negeri
masing- masing, sebaliknya kuasa raja-raja hanya tertumpu kepada hal ehwal
agama islam dan adat resam sahaja. MU juga memperkenalkan dasar terbuka iaitu
jus soli yang memberi hak kerakyatan kepada pedagang yang datang di TM,
secara tak langsung mengugat status quo kerana jumlah orang melayu
semakin mengecil dengan kemasukan pedagang.
Dengan itu
saya berazam akan mempertahankan hak orang melayu di Malaysia ini daripada
ancaman luar dan dalam yang kini menjadi isu di Malaysia.
|
Areel
|
Pada hari
ini saya telah belajar tentang kehebatan orang Melayu pada suatu masa dahulu.
Saya juga berasa kagum tentang bagaimana orang Melayu boleh untuk berdiri
sendiri tanpa memerlukan pertolongan orang lain selain berani untuk
mempertahankan tanah air sendiri walhal pada ketika itu Tanah Melayu telah
mempunyai pelbagai kaun lain. Pada pendapat saya, orang Melayu zaman kini
telah hilang identiti diri serta kesedaran tentang sejarah kaum Melayu
termasuk diri saya sendiri. Hal ini menyebabkan orang Melayu hilang keyakinan
diri serta menyebabkan orang Melayu mengagungkan kaum lain tanpa mengetahui
bahawa kaum Melayu sendiri mempunyai sejarah mereka yang tersendiri yang
tidak kurang hebatnya.
Dengan ini
saya berazam untuk mencari dan mempelajari sejarah orang Melayu serta
menyebarkannya agar orang Melayu celik dan sedar akan kehebatan orang Melayu
agar orang Melayu boleh belajar dan mengambil iktibar tentang sejarah
tersebut. Hal ini juga akan menyebabkan orang Melayu tidak ditindas di tanah
air mereka sendiri.
|
Aqmal
|
Pada hari
ini saya belajar mengenai betapa kebesaran menjadi orang Melayu itu telah
dipadamkan oleh golongan yang berkepentingan bagi mengaburi orang Melayu
sekarang tentang keberanian, kewibawaan dan kekitaan orang Melayu terdahulu.
Semua ini bertujuan agar orang Melayu tidak tahu kemegahan bangsa yang pernah
mereka kecapi pada suatu masa dahulu. Lantas, bangsa Melayu menjadi bangsa
yang corot dan meraba-raba cuba untuk berdiri ampuh memasang panji identiti bangsa
yang tersendiri. Namun, saya percaya, Melayu itu sendiri bukan kuncinya.
India juga punya sejarahnya. Cina juga ada keagungannya. Cuma, yang menjadi
empayar Melayu itu hebat adalah Islam. Bak kata Amirulmukminin Umar
Al-Khattab ketika pembukaan kota yang baru sahaja ditakluki oleh
tenteranya, "Kita dulu bangsa yang hina. Tapi, Allah muliakan kita
dengan Islam. Jika kita cari kemuliaan selain daripada Allah yang memuliakan
kita, maka Allah pasti akan menghina kita" Jelas menunjukkan bahawa, bangsa
Arab yang dulunya dipandang hina, dilihat hebat oleh kerajaan Rom dan Parsi.
Begitu juga dengan bangsa Melayu.
Dengan
itu, saya berazam untuk memperketat segala ajaran tulen yang berasal daripada
Rasullullah Sollallahu`alaihiwasalau wasalam, kerana itulah ajaran Islam yang hakiki.
Secara tidak langsung, ia mampu menjadikan bangsa Melayu dipandang hebat dan
hormat oleh masyarakat seantero dunia.
|
Amri
|
Hari ini saya telah belajar tentang keagungan dan kehebatan bangsa melayu suatu ketika dahulu. Bangsa melayu pada ketika itu sangat hebat dari segi keberaniannya mempertahankan tanah air sewaktu dijajah. dengan ini, saya ingn mengubah persepsi diri terhadap bangsa saya sendiri yang dianggap lemah dan pada hakkatnya bangsa melayu ini merupakan bangsa yang kuat |
Adam
|
Pada hari ini saya telah belajar mengenai kehebatan bangsa Melayu itu sendiri pada masa dahulu dan bertapa sikap berdikari orang Melayu itu sendiri telah menyebabkan mereka untuk tidak berharap kepada kaum-kaum lain bagi mempertahankan tanah air mereka walaupun pada ketika itu sudah wujud masyarakat yang majmuk di sini.Saya juga telah mempelajari bahawa kehebatan dan kebesaran orang Melayu pada zaman dahulu telah cuba dipadamkan oleh orang yang berkepentingan bagi mengaburi mata orang Melayu sekarang akan kehebatan dan kemegahan bangsa mereka pada suatu ketika dahulu. Ini semua dilakukan agar orang sekarang berfikir bahawa bangsa Melayu lemah dan mengagungkan-agungkan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, saya berazam untuk menyebarkan kehebatan orang-orang Melayu pada zaman dahulu agar sahabat-sahabat saya akan sedar dan bangga akan kehebatan bangsa mereka dalam sejarah nunsatara ini. |
Shubli
|
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai keagungan bangsa Melayu yang telah digelapkan oleh yang berkuasa bagi mengaburi bangsa Melayu sendiri. Betapa Melayu berusaha mencari identiti mereka dan merasakan bangsa mereka tidak istimewa jika dibandingkan bangsa di negara-negara moden yang dengan sendirinya mengishtiharkan diri mereka sebagai bangsa yang berjaya dan hebat. Namun begitu, sejarah Melayu lama bukanlah hebat diatas dasar Melayunya itu sendiri bahkan India dan Cina mempunyai sejarah yang boleh mereka agungkan. Yang membuatkan Melayu itu hebat adalah Islam itu sendiri. Tanpa Islam, tidak hebat Melayu. Oleh itu, saya berazam untuk mempelajar dengan lebih mendalam mengenai Islam itu dan seterusnya mengekalkan unsur ajaran Islam agar Melayu dipandang tinggi dan dihormati. |
MINGGU 8 (1/11/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari
ini saya Muhammad Firdaus bin Abu Hassan belajar mengenai hukum- hukum islam
yang wujud seperti Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir. Hukum Hudud ini ialah
hukum Alllah SWT bagi yang melakukan kesalahan seperti berzina, minum arak
dan murtad. Qisas dan Diyat pula adalah hukum yang terletak kepada individu
itu sendiri, Qisas ini adalah hukuman yang sama bagi kesalahan yang dilakukan
dan Diyat ini adalah pampasan kepada waris keluarga dengan syarat pelaku
telah dimaafkan. Ta'zir adalah hak pemerintah.
Malaysia
adalah negara yang bercirikan Islam, malah agama rasmi adalah Islam, tetapi
tidak melaksanakan hukum - hukum Islam, hal ini kerana ekonomi negara yang
masih tidak stabil yang mungkin akan menjerumus kepada jenayah yang tinggi,
juga kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak memahami konsep Islam
sebenar.
Dengan
itu, saya berazam akan mempelajari dan memahami agama Islam ini dengan lebih
terperinci daripada rakan-rakan saya dan Pensyarah saya supaya dapat
menghindarkan perkara-perkara yang dibenci Allah SWT.
|
Areel
|
Pada hari
ini saya telah belajar sedikit tentang penyelaksanaan hukum Hudud. Umum
mengetahui bahawa hukuman Hudud merupakan hukum Islam yang telah dijalankan
sejak zaman Rasullullah s.a.w. akan tetapi tidak dijalankan di negara-negara
Islam pada zaman kini. Perlaksanaan hukum Hudud pada waktu sekarang mungkin
tidak realistik akan tetapi ini tidak bermaksud kita sebagai orang Islam
menolak hukum tersebut. Hal ini disebabkan pengetahuan orang awam tentang
Hudud amat cetek serta tidak menyeluruh. Orang awam pada zaman kini
seringkali menyatakan bahawa hukum Hudud ialah hukuman yang kejam tanpa
mengetahui bahawa untuk menjatuhkan hukuman Hudud ia memerlukan melalui
proses yang teliti. Sebagai contoh zina. Hukuman Hudud memerlukan 4 orang saksi
(lelaki) untuk seseorang dianggap bersalah melakukan zina (tidak termasuk
CCTV). 4 orang sakasi tersebut juga haruslah nampak perbuatan zina tersebut
berlaku di hadapan mereka (bukan melalui situasi atau keadaan sekeliling).
Hal ini amat sukar untuk dilakukan kerana tidak mungkin untuk seseorang
melakukan zina di hadapan 4 orang lain melainkan mereka telah hilang rasa
malu sebagai seorang Islam.
Dengan
ini, saya berazam untuk belajar dengan lebih mendalam tentang hukum Hudud
serta menyebarkannya agar umat Islam terutama di Malaysia supaya mereka
mendapat pengajaran tentang mengapa Alllah s.w.t. menyuruh Rasullullah s.a.w.
menjalankan hukum Hudud di muka bumi.
|
Aqmal
|
Pada hari ini saya belajar tentang satu pembetulan sisi mengenai apa
yang pernah saya belajari. Allah menurunkan hudud adalah bukan menyuruh umat
Islam ataupun pemerintah untuk mencari si pencuri atau si penzina. Tetapi,
Allah menurunkan hudud sebagai undang-undangnya adalah untuk mengekalkan
keamanan yang ada. Maka, apa yang perlu dilaksana oleh pemerintah adalah
membina sebuah masyarakat yang adil dan saling sayang-menyayangi. Sehingga
apabila wujudnya kejadian curi itu, si pencuri itu memang niatnya untuk
mencuri dan bukanlah atas dasar kekangan kewangan, kos hidup dan sebagai.
Sedangkan Nabi Muhammad ketika memasuki Yathrib, baginda menyuruh umat Islam
menyebarkan salam, memberi makan dan lain-lain. Bukanlah hudud yang menjadi
perkara utama yang dilaksanakan. Dalam dunia sedia kompleks, diakui bahawa
hudud agak sukar dilaksanakan bukan kerana ia tidak sesuai diterimapakai.
Tetapi, ia tidak sesuai pada kondisi semasa.
Maka, hudud merupakan hak eksklusif Allah dan ia wajar untuk
dilaksanakan. Namun, sementara itu, membina sebuah masyarakat yang harmoni
dan saling hormati-menghormati adalah menjadi tunggak utama sebelum hudud
dilaksanakan. Saya berazam untuk menjadi seorang rakyat yang menghormati
antara satu sama lain sehingga suasana untuk hudud diboleh untuk
dilaksanakan, menjadi kenyataan.
|
Amri
|
Pada hari ini, saya telah belajar bahawa sebelum terjatuhnya hukum hudud itu bayak prosedur yang harus diikuti, sebagai contoh sebelum menjatuhkan hukum kepada penzina, orang yang menuduh harus mengemukakan 4 orang saksi yang adil dan melihat kejadian tersebut dengan mata mereka sendiri, penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup sebagai bukit adalah dilarang sama sekali. walaupon begitu hudud masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana pemahaman rakyat terhadap hudud masih lagi cetek. Oleh itu, sebagai anggota masyarakat yang lebih sedikit tahu mengenai hudud ini saya akan menjelaskan dan menerangkan kepada mereka yang masih kurang jelas mengenainya supaya mereka lebh paham dan boleh merima hudud dimasa depan kelak. |
Adam
|
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa terdapat hukum-hukum Islam yang wujud di dunia ini seperti hudud, diyat, ta'zir dan qisas. Hudud ini bermaksud hukum Allah S.W.T yang dijatuhkan kepada kesalahan berat seperti minum arak, berzina dan murtad. Diyat dan juga qisas pula ialah hukum yang telah ditetapkan oleh seseorang individu itu dimana bagi diyat ialah pampasan kepada waris keluarga dengan syarat kesalahan itu telah dimaafkan manakala qisas ialah perbuatan yang sama bagi hukuman terhadap sesuatu kesalahan itu.Ta'zir pula adalah hukuman berdasarakan budi bicara pemerintah itu sendiri. Walaupun Malaysia adalah negara yang bercirikan Islam tetapi negara ini tidak melaksanakan hukum-hukum Islam kerana terdapat pelbagai kekangan seperti masalah ekonomi yang mungkin membawa kepada kemiskinan.Sikap manusia yang sendiri tidak faham akan hukum Islam itu juga salah satu faktor yang utama.Oleh itu saya berazam untuk menerangkan hukum-hukum Islam yang saya faham kepada rakan-rakan saya yang tidak beberapa memahaminya agar sama-sama pengetahuan tentang hukum Islam itu dapat tersebar. |
Shubli
|
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai hudud dan tujuan pelaksanaannya. Allah swt menurunkan hudud bukan bagi mecari pesalah, siapa pencuri dan penzina, tetapi bagi menghindarkan perkara tersebut dan mengekalkan keaman yang setia ada. Selain itu, kita harus sedar, hudud merupakan hukum yang diturunkan oleh Allah swt itu sendiri maka tidak ada cacat celanya. Berlakunya kekurangan dan cacat dalam hudud adalah dari segi pemahaman dan pelaksanaan oleh pemimpin dan pemahaman rakyat. Sehubungan dengan itu, kita perlu mengajar rakyat mengenai pelaksanaan hudud yang sebenar agar tidak disalahtafsir oleh sesetengah golongan. Oleh itu, pelaksanaan hudud itu tidak perlu digesa, fahamkan rakyat mengenai hukum Allah swt yang lengkap itu agar pada masa hadapan, hudud dapat dilaksanakan dan semua umat Islam bersedia serta memahami hudud. |
MINGGU 9 (8/11/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari
ini saya Muhammad Firdaus bin Abu Hassan belajar mengenai Tauhid berekonomi
di Malaysia dari aspek peranan rakyat. Ekonomi Islam adalah ekonomi yang
dapat membezakan dengan ekonomi yang lain seperti kapitalisme dan sosialisme
yang hanya beteraskan kepada materialistik dan keuntungan. Ekonomi islam pula
tertumpu kepada kebajikan masyarakat, Harta di dunia ini adalah hak milik
Allah SWT dan kita sebagai manusia diamanahkan untuk menjaga harta tersebut
dan menggunakan dengan jalan yang baik. Islam tidak mengharamkan seseorang
individu menjadi kaya tetapi haram apabila individu tersebut lalai dengan
harta dunia seperti melupakan solat, bayar zakat, dan lupa bahawa yang kita
akan mati juga kelak. Islam mewajibkan mencari harta yang halal dan bukan cara
haram seperti merompak, jual arak, dan mencuri. Hal ini kerana ekonomi
positif akan juga menyebakan positif dari aspek yang lain seperti aspek
sosial.
Dengan
itu, saya berazam akan mencari harta yang halal apabila saya menempuh di alam
pekerjaan kelak.
|
Areel
|
Pada hari ini
saya telah mempelajari bagaimana untuk mengamalkan konsep tauhid dalam
berekonomi. Dengan mengamalkan konsep ukhwah, yakni persaudaraan di antara
manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau lain-lain perbezaan untuk
melahirkan sebuah komuniti yang bersatu dan saling bekerjasama, manusia dapat
mewujudkan rasa kasih dan sayang serta berperikemanusian sesama manusia. Ia
dapat mendidik manusia untuk saling mengasihani di antara manusia dan mengajar
manusia untuk lebih mengambil berat tentang orang lain ketika berniaga
berbanding mengutamakan keuntungan ketika berniaga.
Dengan ini, saya
berazam untuk menerapkan sifat ukhwah dalam diri agar kelak jika saya
dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. untuk membuka perniagaan, saya lebih
mementingkan cara untuk beribadah dalam berniaga berbanding hanya memikirkan
tentang keuntungan semata-mata.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya telah sesuatu yang mustahak dalam Islam. Mengikut pandangan beberapa tokoh Islam, sebenarnya tiada istilah Ekonomi Islam. Cuma, apa yang menyebabkan sesebuah ekonomi itu, terserlah akan keislamannya adalah etika Islam yang ditadbir. Sekiranya, sesebuah ekonomi itu diadaptasi daripada sistem ekonomi Islam yang terbaik sekalipun, tetapi etika Islam iaitu tidak mengamalkan rasuah, penindasan masih berlaku, ia masih tidak mencapai matlamat ekonomi Islam itu sendiri. Dengan ini, saya berazam untuk sentiasa beretika dalam apa jua situasi berdasarkan akhlak dan landasan Islam kerana pada akhirnya, Islam bukan hanya sekadar pada nama. Tetapi, intipatinya juga. |
Amri
|
pada hari ini saya telah belajar tentang tauhid dalam berekonomi peranan rakyat. ekonomi merupakan satu bentuk jual beli dan akan menikatkan taraf hidup seseorang. Apa yang saya saya lihat hari ini ada dikalangan peniaga yang berniaga namun tidak melaksanakannya dengan berhemat seperti melakukan penindasan terhadap pelanggan, hal ini jika berterusan ianya akan menjejaskan ekonomi negara jika tidak ditangani oleh itu, kita sebagai seorang muslim haruslah menamalkan konsep tauhid dalam berekonomi kerana apabila berpegang kepada konsep ini, nescaya ekonomi negara akan semakin maju dan rakyatnya akan hidup aman tanpa berlakunya penindasan. |
Adam
|
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai konsep tauhid berekonomi di negara Malaysia dari aspek peranan rakyat.Ekonomi Islam ini ialah satu sistem ekonomi yang dapat meyelasaikan masalah sistem ekonomi seperti kapitalisme dan sosialisme yang hanya berteraskan kepada keuntungan dan keperluan materialistik sahaja.Ekonomi Islam pula ialah satu sistem yang bagus kerana menumpukan kepada kebajikan rakyat kerana segala harta di dunia ini ialah milik Allah S.W.T dan kita sebagai khalifah di muka bumi telah diamanahkan untuk menggunakan harta ini kepada jalan yang benar.Islam itu tidak melarang seseorang itu untuk menjadi kaya tetapi perlulah dengan cara yang betul dan bukan cara yang menindas golongan yang kurang bernasib baik.Suatu sistem ekonomi yang baik akan membawa kepada aspek positif pada perkara lain seperti aspek sosial umpamanya. Dengan ini saya berazam apabila saya telah berada di alam pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal dan juga untuk memanfaatkan dan menggunakannya kepada jalan yang benar. |
Shubli
|
Pada hari ini sya telah mempelajari mengenai konsep tauhid berekonomi di negara Malaysia dari aspek peranan rakyat. Ekonomi yang berteraskan Islam tidaklah hanya memandang material dan keuntungan semata-mata. Hal inilah yang membezakan secara nyata ekonomi Islam dengan prinsip ekonomi yang lain seperti kapitalisme dan sosialisme. Islam telah mengajar kita bahawa fungsi ekonomi adalah bagi memajukan orang Islam dari segi kewangan dan teknologi bahkan menolong orang yang memerlukan. Dalam kesibukan kita mencari kekayaan dunia, kita tidak seharusnya melupakan dan mengabaikan kebajikan golongan miskin. Bahawa kita perlu sedar bahawa kekayaan didunia ini adalah milik Allah swt dan dipinjamkan oleh kepada kita. Hendaklah kita menggunakannya sebaik-baiknya bagi manfaat diri sendiri dan orang lain. Janganlah kita menjadi tamak dan mengambil hak orang lain seterusnya menindas orang tersebut. Oleh itu, saya berazam untuk mencari sumber rezeki yang halal dan mengawal diri daripada mengambil harta yang bukan hak saya. |
MINGGU 10 (15/11/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya belajar mengenai Nabi
Rahmat sekalian alam dari aspek wanita dan kanak–kanak.Wanita sebelum
Islam sesuatu yang diabaikan kehormatannya.Tidak mempunyai sebarang nilai dan kaum ini hanya digunakan untuk
melepaskan nafsu kaum musyrik..Membunuh anak perempuan kerana dianggap sebagai
pembawa sial .Apabila Nabi Muhammad s.a.w diutuskan wanita telah diberikan
haknya yang dirampas. Dari aspek kanak – kanak pula Nabi Muhammad saw
memelihara, mendidik dan menjaga mereka dengan baik.Orang yang menjaga
anak-Anak yatim sebagai temannya di syurga Nabi Muhammad mempunyai
sifat mengasihani.
Dengan itu saya berazam akan membantu apa
yang boleh dan akan menyayangi mereka kerana mereka adalah kaum yang lemah
wanita mahupun kanak – kanak.
|
Areel
|
Pada hari ini
saya telah mempelajari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan
orang Melayu tidak ketinggalan di tanah air sendiri. Sebelum tahun kemerdekaan
lagi kerajaan dan pemimpin ketika itu telah melakukan pelbagai usaha bertujuan
untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dari segi pendidikan, ekonomi,
sosial dan lain-lain. Banyak kemudahan yang telah disediakan khusus untuk orang
Melayu untuk orang Melayu gunakan bagi memberi manfaat kepada diri mereka serta
keluarga mereka. Ini termasuklah memberi pendidikan serta menyediakan institusi
khas bagi orang Melayu sahaja. Contoh palig ketara ketika ini adalah UiTM.
Dengan ini, saya
berazam untuk memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan kerajaan atau badan
NGO lain bagi memajukan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara agar diri saya
tidak ketinggalan dan dapat bergerak seiring dengan negara maju yang lain.
|
Aqmal
|
Pada hari ini, saya telah belajar bahawa agama yang dibawa oleh Rasullullah bukanlah sebuah agama yang memenjara hanya di masjid sahaja. Namun, agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah ialah agama yang bersifat menyeluruh sehingga hak terhadap wanita, akhlak terhadap kanak-kanak, tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan juga terkandung dalam ajaran Islam. Maka, saya berazam untuk mengamalkan konsep kehidupan Islam secara total di dalam aplikasi kehidupan seharian saya supaya saya dapat menikmat hakikat keindahan kehidupan seorang Hamba Allah yang sesungguhnya. |
Amri
|
Pada hari ini saya telah belajar bahawa martabat wanita dan kanak2 amatlah tinggi di dalam islam. Rasulullah S.A.W. menjadi contoh paling terbaik untuk kita teladani bagaimana ingin meghormati golongan wanita dan kanak-kanak sautu hari kelak apabila saya sudah bergelar seorang suami dan ayah. Insha Allah, saya akan cuba praktikkan cara Rasullulah S.A.W. menghormati dan melayani golongan wanita dan kanak - kanak. |
Adam
|
Pada hari ini saya telah belajar mengenai kedudukan wanita dan kanak-kanak sebelum dan selepas kemunculan Islam.Pada zaman sebelum kemunculan Islam kehormatan seseorang wanita itu telah terabai dan hanya hanya digunakan oleh kaum musyrik untuk melepaskan nafsu kerana bagi mereka perempuan tidak mempunyai sebarang nilai. Anak perempuan juga sering dibunuh kerana sering dianggap sebagai membawa sial dalam satu keluarga. Dengan kemunculan Islam kedudukan mulia wanita dalam masyarakat telah diberikan semula kepada mereka. Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita untuk memelihara, mendidik dan menjaga kanak-kanak dengan baik serta mengasihani golongan anak yatim piatu itu. Oleh itu saya berazam untuk membantu sebanyak mana yang boleh bagi mengurangkan beban golongan wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. |
Shubli
|
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa kedatangan Islam telah memuliakan kedudukan wanita dan kanak-kanak itu sendiri. Kita boleh mengambil contoh pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam, wanita hanya digunakan sebagai ejen memuaskan nafsu dan tidak lebih dari itu. Selain itu, kelahiran anak perempuan juga dianggap sebagai satu penghinaan dan akan menimbulkan kecelakaan. Kedatangan Islam telah mengubah seribu satu pesepsi masyarakat arab jahiliah pada ketika itu. Tidak lagi wanita dipandang rendah, hina dan tempat melepaskan nafsu. Wanita dihormati dan disanjungi, mereka di perintahkan oleh Allah untuk menjaga kehormatan mereka dengan menuntup aurat mereka. Wanita juga dijanjikan ganjaran syuga begitu juga lelaki yang telah melaksanakan perintah Allah semasa didunia ini. Rasulullah saw juga menunjukkan kepada kita cara melayan kanak-kanak yang sewajarnya besertakan didikan yang berteraskan Islam. Oleh itu, saya berazam agar menghormati wanita dengan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta berusaha untuk menasihati rakan-rakan saya samada lelaki atau perempuan untuk menutup aurat. Saya juga akan melayan kanak-kanak dengan lebih mesra dan menasihati mereka dengan cara yang betul. |
MINGGU 11 (22/11/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya
belajar mengenai konsep Al –Ta’awun yang bermaksud kerjasama,
tolong-menolong, dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam konteks
masyarakat plural. Tujuannya adalah untuk mewujudkan hubungan sosial yang
memantapkan kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh rakyat Malaysia yang
bersatu padu daripada pelbagai kaum dan bangsa menyokong atlet –atlet Malaysia
pada sukan Olimpik 2016. Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama,
tetapi malampaui batas sempadan agama. Hal ini kerana fitrah manusia
sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan dari yang lain. Al-Ta’awun tidak terhad
kepada yang kaya menolong yang miskin, tetapi boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk bergantung kepada kemampuan serta keupayaan sesorang individu.
Oleh
yang demikian, saya berazam akan cuba mempraktikkan konsep Al- Ta’awun ini
dalam kehidupan harian saya kepada mereka yang berada dalam kesusahan mahupun
dalam bentuk fizikal atau pun tidak.
|
Areel
|
Pada hari ini
saya telah mempelajari bagaimana Rasullullah s.a.w. merupakan rahmat yang
diberikan oleh Allah s.w.t. bukan sahaja untuk orang Islam akan tetapi Rasullullah
s.a.w. juga merupakan rahmat untuk orang jahil dan pendosa. Umum mengetahui
bahawa sifat Rasullullah s.a.w. lebih mementingkan kasih sayang berbanding
kekerasan. Baginda lebih suka untuk berbincang menggunakan lidah berbanding
bergaduh menggunakan fizikal. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang yang
jahil yakni yang tidak mengetahui tentang agama Islam dilayan baik oleh
Rasullullah s.a.w. tanpa diskriminasi (membandingkan dia Islam atau tidak). Bagi
seorang pendosa pula, Rasullullah tidak pernah memaki hamun atau mengeji
malahan memukul atau mencederakan orang yang pernah melakukan dosa. Lebih
daripada itu Rasullullah memberi peluang kepada pendosa tersebut untuk
memastikan bahawa dia betul-betul telah melakukan kesilapan. Jika betul,
Rasullullah s.a.w. akan menjatuhkan hukuman bertepatan dengan apa yang telah
Allah s.w.t. wahyukan kepada Baginda.
Dengan ini, saya
berazam untuk mengikut cara Rasullullah s.a.w. melayan orang yang jahil tentang
agama Islam dan pendosa agar hidup saya lebih diberkati. Mungkin dengan cara
ini, orang yang jahil tentang agama Islam mungkin akan lebih berminat untuk
mempelajari Islam dan seorang pendosa juga mungkin akan cepat insaf dan akan
cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
|
Aqmal
|
Pada hari ini saya belajar, kedatangan Rasullullah adalah untuk memberi basyir kepada manusia sekalian alam. Mereka yang kaya-raya, miskin, mulia, hina-dina, tua bangka, muda mentah, boleh untuk memasuki Islam tanpa ada paksaan. Islam juga memberikan sinar dan harapan kepada golongan jahil. Sepertimana yang direkod dalam sebuah kisah di mana Rasullullah telah mengikat seorang yang jahat di tiang masjid. Orang jahat itu telah melihat aktiviti seharian para sahabat. Apabila ditanya oleh Nabi akan sebuah pertanyaan, ia dijawab oleh orang jahat itu, "Sekiranya engkau membebaskan aku, engkau akan dapati aku akan menjadi orang yang lebih baik" Jadi, Rasullullah membebaskannya. Jelas menunjukkan bahawa rahmat Rasullullah bukanlah untuk orang Islam sahaja. Juga kepada orang bukan Islam dan orang yang jahil. Maka, dengan ini, saya berazam untuk sentiada mempamerkan akhlak yang menggambarkan Islam yang sebenar iaitu sebuah agama yang tidak bersifat superior terhadap agama lain dan sebuah agama yang amat bertoleransi dengan agama lain. |
Amri
|
Pada hari saya telah belajar mengenai konsep Al - Ta'wun iatu satu konsep tolong menolong dalam kalangan masyarakatat. Pada hari ini kita dapat lihat konsep ini semkain menipis dalam kalangan anggota masyarakat, mereka lebih mementingkan diri masing2 tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka. Hal ini jika berterusan menyebabkan konsep Al -Ta'awin akan hilang begitu sahaja. Oleh itu, sebagai salah satu anggota masyarakat saya mempraktikkan konsep ini sama ada kepada rakan2 saya, jiran2 saya mahupun kepada sesiapa sahaja. |
Adam
|
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai suatu konsep iaitu konsep Al-Ta'awun iaitu satu konsep kerjasama dan saling tolong menolong dalam konteks masyarakat plural itu sendiri. Tujuan konsep ini adalah untuk mewujudkan hubungan sosial yang mantap antara semua kaum dalam satu masyarakat. Kerjasama itu bukan hanya itu dalam satu agama sahaja tetapi perlulah melampaui batas sempadan agama kerana manusia ini secara fitrahnya adalah suatu makhluk yang lemah dan sering memerlukan pertolongan manusia lain. Konsep ini bukan hanya tertakluk kepada membantu orang miskin sahaja tetapi juga menorong dalam pelbagai perkara lain asalkan dalam keupayaan dan kemampuan kita sendiri. Oleh itu saya berazam untuk sentiasa membantu rakan-rakan saya yang sering berada dalam kesusahan dalam kehidupan mereka dengan segala upaya saya yang mampu. |
Shubli
|
MINGGU 12 (06/12/2016)
|
|
Firdaus
|
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai mengiktiraf dan kepakaran dalam semua bidang mengikut kepentingan
agama bangsa dan Negara. Terdapat 3 perkara penting yang perlu ditekankan iaitu
seseorang itu perlu mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima sesuatu
pendapat, mempunyai ilmu tentang perkara yang dipersoalkan dan mengiktiraf
seseorang itu sebagai orang yang berautoriti dalam bidangnya.Hal ini kerana
setiap orang mempunyai pendapat masing – masing dan hujah mereka sendiri tentang
sesuatu perkara. Oleh yang demikian, kita seharuslah mempunyai ilmu serba
sedikit apabila hendak membuat keputusan setelah mendengar hujah- hujah
daripada pihak yang berkenaan . Kita seharusnya perlu membuat soal selidik dan
tidak menerima pendapat seseorang itu dengan sewenang-wenangnya kerana mungkin
seseorang itu mahu memanupulasi informasi yang sebenar apabila menyampaikan
kepada kita.Seterusnya, kita perlu mengiktiraf orang- orang yang pakar dalam
bidang yang mereka pelajari kerana mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu
tentang perkara yang dipersoalkan.
Maka dengan itu, saya berazam akan cuba
terapkan 3 perkara penting ini dalam diri saya, supaya apabila saya menerima
informasi tentang sesuatu perkara saya akan cuba kaji dahulu dan bertanyakan
kepada pihak yang lebih tahu.
|
Areel
|
Pada hari ini saya telah bahawa untuk memudahkan seseorang untuk mengiktiraf keahlian dan kepakaran orang yang berilmu, mereka perlu menerapkan beberapa elemen penting. Salah satu daripada elemen tersebut adalah keterbukaan dalam menerima sesuatu pendapat. Terdapat sesetengah perkara di dunia ini tidak dinyatakan hukumnya sevara jelas di dalam Al-Quran atau As-Sunnah. Oleh yang demikian, para ulama telah mengeluarkan pendapat mereka masing-masing berdasarkan hujah yang berkaitan dengan perkara tersebut. Bagi kita yang tiada ilmu atau pengalaman dalam bidang tersebut, apa yang boleh kita lakukan adalah mendengar hujah kedua-dua pendapat dan berfikir, mengkaji serta bertanya jika tidak memahami tentang sesuatu hujah yang pada akhirnya membolehkan kita untuk membuat keputusan samada untuk mengikut pendapat yang mana. Setelah itu, janganlah pula kita menolak orang yang berpendapat berlainan daripada kita atau menghasut orang lain untuk menerima pendapat kita dan menolak pendapat orang lain. Dengan ini, saya berazam untuk membuka minda serta mengambil lebih banyak masa untuk mengkaji serta lebih bersifat terbuka terhadap sesuatu pendapat. |
Aqmal
|
Pada hari ini saya telah belajar tentang pengiktirafan
keahlian dan kepakaran dalam semua bidang amat memainkan kesan
yang signifikan terhadap bangsa, agama dan negara. Oleh
yang demikian, ‘pihak berautoriti’
dan ‘pihak berilmu’ perlu bergembleng sama dalam memastikan
ilmu yang diperoleh daripada segenap masyarakat, berlapisan professyen dan
bertingkat darjah usia ini, dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan umat Islam.
Maka, saya berazam untuk sentiasa memberikan ruang untuk
mana-mana pandangan yang boleh diketengahkan, selagi tidak bercanggah dengan
syariat Islam, agar dipertimbang dengan akal yang waras supaya di
pengakhirannya, apa yang akan dirasai daripada pengiktirafan ilmu ini adalah
sesuatu yang bernas dan bersih untuk digunapakai dalam aplikasi kehidupan
seharian sebagai seorang Muslim yang berguna.
|
Amri
|
Pada hari ini saya telah belajar tentang nilai mengiktiraf keahlian dan kepakaran dalam seseuatu bidang untuk kepentingan agama bangsa dan negara. nilai ini mengajarkan kita bahawa kita haruslah menghormati padangan orang yang berkepakan dalam bidang tersebut, selain itu, kita juga haruslah mempunyai sifat keterbukaan kepada pandangan yang lain dan kita juga haruslah mempunyai ilmu asas kepada sesuatu bidang tersebut supaya kita tidak dianggap seperti lembu yang dcucuk hidung. oleh itu, saya akan lebih bijak dalam menerima dan menolak sesuatu pandangan dengan berlandanskan ilmu yang dipelajari sendiri dan bukan menerima pandangan sesorang kerana pengaruh dan kuasanya sahaja. |
Adam
|
Pada hari ini saya telah belajar mengenai pentingnya untuk kita mengiktiraf akan keahlian dan juga kepakaran seseoramg itu dalam sesuatu bidang.Pengiktirafan itu sangat penting demi kepentingan agama,negara dan bangsa.Bagi seorang individu juga terdapat 3 perkara penting yang perlu ditekankan iaitu mempunyai ilmu bagi perkara yang ingin dipersoalkan, mempunyai sikap terbuka dalam menerima sesuatu pendapat itu dan mengiktiraf autoriti seseorang itu dalam bidang kepakarannya. Oleh itu, mulai hari ini saya akan cuba untuk menerima pendapat orang lain jika terdapat hujah yang bagus dalam pendapatnya dan saya juga akan tidak menerima dengan cepat pendapat seseorang itu hanya kerana jawatan dan pengaruhnya sahaja. |
Shubli
|
No comments:
Post a Comment