1) Nilaikan tahap ekonomi Malaysia dari aspek kualitatif dan kuantitatif dari tahun 2014 hingga 2016?
KUANTITATIF
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Pada Oktober 2014, harga minyak RON95 mencatatkan harga sebanyak RM2.30 seliter. Harga ini meningkat sebanyak 20 sen dari bulan yang sebelumnya. Pada Disember 2016,harga RON95 adalah RM1.90. Harga ini menunjukkan penurunan sebanyak 5 sen daripada bulan yang sebelumnya. Secara kasarnya, harga minyak menunjukkan penurunan walaupun setelah 2 tahun. Namun begitu jika kita telita pola harga minyak, harga minyak akan meningkat sebanyak RM0.20 dan akan berkurang RM0.05- RM0.10 pada bulan yang berikutnya. Keadaan ini sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup rakyat sekiranya pola harga ini berterusan.
SUMBER:
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi pada tahun 2016, jumlah hutang Malaysia adalah 63.8 peratus RM847.9 bilion daripada GDP.
Dengan kadar kenaikan jumlah hutang Malaysia, tidak mustahil Malaysia akan bankrupt pada masa hadapan mungkin seawal 2020. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
SUMBER:
1. http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-gdp-kerajaan
2. http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-gdp-kerajaan
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Kerajaan tidak sepatutnya memandang positif paras hutang isi rumah yang mencecah 89.1% daripada KDNK semata-mata kerana peningkatan itu disokong oleh pemilikan aset yang bernilai. Jika ditinjau dari sudut pengurusan hutang dalam kalangan rakyat di negara ini, ia amat merisaukan. Sejumlah 148,830 atau 35.5% daripada 418,941 pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mempunyai masalah hutang, menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) dan hanya 9,937 kes atau 6.68% sahaja berjaya diselesaikan dengan jumlah keseluruhan RM407.9 juta. Jika keadaan ini berlarutan, dijangka dalam tempoh 5 tahun lagi, hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermaksud pendapatan yang diperoleh tidak dapat menapung perbelajaan.
SUMBER:
4. PERBELANJAAN KERAJAAN YANG KURANG BERHEMAH
Pada
2009, perbelanjaan pembangunan berada pada tahap 25.9 peratus. Ia meningkat
pada kadar 27.8 peratus pada 2010, sebelum turun pada kadar 23.9% pada tahun
berikutnya, 2011. Ia terus menyusut kepada 22.0% pada 2012, 19.1% pada 2013,
16.9% pada 2014 dan menokok sedikit kepada 17.8% pada 2015. Data-data ini tidak
mengambil kira tambahan belanjawan yang dikemukakan kemudian. Perlu diingatkan, peningkatan belanja mengurus dan penyusutan belanja
pembangunan ini berlaku dalam situasi belanjawan negara terus meningkat dari
tahun ke tahun. Jika dikaitkan dengan defisit dan hutang, ternyata masalah yang
perlu diselesaikan ialah nafsu berbelanja kerajaan.
SUMBER:
5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Bajet 2016 dimana sebanyak RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion ringgit pada Bajet 2015. Sebanyak 80.5% bajet diperuntukan kepada kos pengurusan berbanding sekitar 19.5% sahaja kepada kos pembangunan. Ini bermakna, kerajaan menumpukan RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan hanya RM52 bilion sahaja bagi pembangunan. Kos pengurusan terlalu tinggi. Apa yang berlaku hampir serupa dengan Bajet 2015 dimana kerajaan memperuntukan hampir 80% kepada belanja pengurusan. Kerajaan dilihat sekali lagi gagal memahami aspirasi rakyat untuk pembangunan yang lebih mapan terutamanya di kawasan pedalaman mahupun pinggir bandar. Sepatutnya peruntukan pembangunan perlu ditingkatkan dengan mengurangkan kos pengurusan.
SUMBER:
1. https://dapmalaysia.org/statements/2015/10/24/21996/
1. PERTUMBUHAN EKONOMI YANG PERLAHAN
2) Adakah zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan?
KUALITATIF
1. PERTUMBUHAN EKONOMI YANG PERLAHAN
Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lemah pada tahun 2015, dengan kedua-dua permintaan domestik dan pertumbuhan eksport yang lembab tetapi langkah-langkah Bank Negara Malaysia berjaya mengelakkan kejatuhan seterusnya. Ini di sebalik nilai ringgit yang susut 23 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun 2015. Bank Dunia melaporkan bahawa inflasi meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun pada bulan Disember 2015, tetapi dijangka terkawal berikutan harga bahan api yang rendah dan pertumbuhan upah atau gaji yang lebih perlahan.Walau bagaimanapun, harga bahan api yang lebih rendah mengakibatkan hasil berkaitan petrol berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding dengan 2014.Purata pekerja Malaysia juga menghadapi masa yang sukar dengan kadar pengangguran meningkat kepada 3.3 peratus tahun ke tahun dan peluang pekerjaan dan kekosongan jawatan begitu lemah.
SUMBER:
2. PENINGKATAN GAJI YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN
Menurut hasil kajian skala gaji terbaru Aon Hewitt, gaji pekerja di Malaysia diunjurkan pada 5.8 peratus pada tahun 2016 - meningkat daripada 5.6 peratus pada tahun 2015. Aon Hewitt ialah ialah badan utama yang menerajui amalan ganjaran dan bakat di Malaysia.Pada tahun 2015, bonus mengikut prestasi meningkat sedikit kepada dua hingga tiga bulan gaji asas tahunan. Ini dijangka kekal stabil pada 2016.Unjuran kenaikan gaji adalah tertinggi dalam sektor telekomunikasi pada 6.6 peratus, diikuti sektor pengangkutan dan pembinaan masing-masing pada kadar 6.2 peratus. Kenaikan terendah adalah dalam sektor teknologi tinggi dan hospitaliti pada 5.2 peratus.Walaupun dengan kenaikan gaji stabil, Malaysia mencatatkan kadar kedua tertinggi secara tidak sukarela kadar pusing ganti jumlah pekerja di Asia Tenggara pada peratus, dan ketiga tertinggi kadar pusing ganti jumlah pekerja sukarela pada 9.5 peratus.
SUMBER:
3. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura. Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain yang dipetik menerusi Laporan Produktiviti 2011 berkata, pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti sebanyak RM43,952 setahun. Beliau menambah bahawa negara ini masih mencatatkan purata pertumbuhan produktiviti sebanyak 4.5% setahun, yang mana adalah lebih rendah berbanding Indonesia dan India. Pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun (RM229,568) dan Hong Kong (RM201,485).Pada 2011, Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan produktiviti sebanyak 4.55%, yang menurut MPC bahawa kita berada di landasan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan tahap produktiviti sebanyak RM87,500.Walau bagaimanapun, Malaysia ketinggalan dengan beberapa negara penanda aras di Asia seperti China, yang mempunyai kadar pertumbuhan sebanyak 8.7%, Indonesia (5%) dan India (4.8%).
SUMBER:
1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/02/26/mpc-tahap-produktiviti-malaysia-rendah/
SUMBER:
1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/02/26/mpc-tahap-produktiviti-malaysia-rendah/
Secara lughoh atau bahasa, zakat berasal dari bahasa Arab yang berarti suci, bertambah dan berkembang, berkah, dan terpuji. Sedangkan secara istilah syara’, zakat berarti suatu bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan mengeluarkan sebagian hartanya dan hukumnya wajib untuk dikeluarkan sesuai aturannya dan diberikan kepada golongan-golongan tertentu yang berhak menerimanya.
Pada pendapat saya, zakat semestinya bertujuan bagi membasmi kemiskinan di negara kita, Malaysia. Hal ini yang demikian kerana, tujuan zakat adalah membasmi kemiskinan di kalangan orang Islam iaitu majoriti penduduk Malaysia. Zakat diwajibkan bagi golongan yang berkemampuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Dengan pembahagian harta daripada golongan berada kepada golongan memerlukan, jurang ekonomi antara umat Islam dirapatkan. Sekiranya zakat dilaksankan dengan tulus oleh pemimpin, kadar kemiskinan dikalangan umat Islam boleh mencecah 0 peratus. Ini telah dibuktikan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, pada zaman pemerintahan beliau, golongan miskin telah berjaya dibasmi. Sehubungan dengan itu, pengamalan zakat secara tulus akan mengurangkan peratusan jenayah di negara kita. Hal ini disebabkan, zakat telah membantu golongan miskin dan memerlukan seterusnya mengurangkan jenayah.
3) Dengan mengambil kaedah pembangunan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Bincangkan penambahbaikan ekonomi Malaysia pada masa kini?
Sistem perekonomian pada masa Nabi Muhammad SAW merupakan sistem ekonomi yang berdasarkan syariat islam dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Sejumlah aturan yang tertanam pada landasan perekonomian tersebut berbentuk keharusan melakukan atau sebaiknya melakukan sesuatu, juga dalam bentuk larangan melakukan atau sebaliknya tidak melakukan sesuatu. Tentu aturan-aturan yang tersebut dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul bertujuan untuk menjamin keselamatan manusia sepanjang hidupnya, baik agama diri, akal, harta benda maupun nasab keturunan. Rasulullah memulai implementasi perekonomian islam sejak diutusnya beliau sebagai utusan Allah SWT pada usia 40 tahun. Sistem perekonomian islam tampak cerah bukan pada masa Makkah, namun mulai pada masa Madinah atau hijrahnya Rasulullah ke kota Yastrib (Madinah). Ketika itu, kehidupan umat muslim bersama Rasulullah merupakan contoh teladan yang paling pantas untuk implementasi dari syariat islam.
Usaha yang boleh dijalankan bagi menambahbaik ekonomi Malaysia pada masa kini adalah mengimplentasi kaedah pembangunan ekonomi Rasulullah saw. Antaranya, merapatkan jurang ekonomi penduduk di luar bandar dan di bandar. Seharusnya, penduduk luar bandar perlulah diberi pengajian bagi mendapat peluang pekerjaan yang setara dengan penduduk di bandar. Infrastuktur di luar bandar seperti sekolah, hospital dan pejabat awan juga perlu dinaiktaraf bagi memudahkan aktiviti ekonomi berlancar diluar bandar. Dengan ini, jurang ekonomi penduduk luar bandar dan di bandar dapat dikurangkan.
Seterusnya, membina sebuah tempat bagi pusat ekonomi pesat. Tujuan pembinaan pusat ekonomi pesat adalah membantu golongan yang menjalankan peniagaan dan memerlukan perhatian daripada awam. Dengan membantu golongan peniaga muda ini, ekonomi negara akan naik dengan kadar yang memberangsangkan. Selain itu, peubuhan pusat ekonomi pesat ini turut menggalakan rakyat menjadi peniaga berbanding bekerja yang mempunyai jumlah gaji yang tetap.
No comments:
Post a Comment