1) Kenapa kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 tetapi tidak tahun 1958?
2) Apakah sebenarnya polemik yang timbul dalam RUU-355?
3) Perbandingan Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia? (Perbezaan dan Persamaan)
4) Ringkaskan kisah keranda 152 ?
1) Kenapa kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 tetapi tidak tahun 1958?
Tahun 1957 atau lebih tepat lagi tanggal 31 Ogos 1957
dipilih sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu atas pendapat Mufti Pulau
Pinang ketika itu iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Beliau merupakan penyokong kuat
UMNO dan juga datuk kepada Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Sheikh
Abdullah Fahim telah mengeluarkan pendapat bahawa 31 Ogos 1957 merupakan ‘am
khir atana ‘ yang bermaksud tahun yang baik untuk Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Jika tidak, Tanah Melayu perlu menunggu 5 tahun kemudian, yakni 31
Ogos 1962 untuk mencapai kemerdekaan.
Disebabkan itu, Tunku Abdul Rahman telah mengikut pendapat
tersebut dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila tarikh tersebut telah
dipilih sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia. Terdapat beberapa keistimewaan
tarikh 31 Ogos 1957 dipilih sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia. Ia boleh
dibaca melalui ‘link’ di bawah. Selamat membaca.
Link Mengapa 31 Ogos dipilih sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu :
2) Apakah sebenarnya polemik yang timbul dalam RUU-355?
Latar Belakang Akta
355
- Pertama kali dikanunkan pada tahun 1965 dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965. Hukuman yang dibenarkan pada ketika itu adalah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan sahaja.
- Pindaan pada 1984 meluaskan kuasa hukuman Mahkamah Syariah kepada penjara 3 tahun , denda RM5,000 dan 6 kali sebatan.
- Pindaan pada 1988 meluaskan akta ini ke Sabah dan Sarawak
- Pindaan pada 1997 merupakan pindaan kepada tafsiran sahaja
- Pindaan pada 2016 ingin meluaskan had bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah melainkan hukuman mati.
- Akta serta kesemua pindaan diperkenalkan oleh pihak kerajaan melainkan Pindaan pada 2016 yang dikenali sebagai RUU 355 yang dicadangkan oleh pihak bukan kerajaan.
· Mengambil sebuah
wacana yang dianjurkan oleh Biro Penyelidkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
sebagai rujukan. Wacana tersebut yang bertajuk “RUU 355, Wajarkah bukan Islam
Bimbang?” bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang RUU yang
berlangsung di The Mines 2, Seri Kembangan.Terdapat beberapa persoalan serta polemik
yang timbul berkaitan RUU 355 yang bermain di fikiran warga Malaysia sama ada
Islam atau bukan Islam.
Ia membariskan lima panelis, antaranya felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Madya Dr Shamrahayu, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dari Pertubuhan Ikram Malaysia, Mujahid Yusof Rawa (Parti Amanah Negara), YB Howard Lee (DAP) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS).
Prof.
Madya Dr. Shamrahayu
Adakah pindaan dalam RUU
355 akan dipaksa untuk diterima pakai oleh orang bukan Islam? Adakah Mahkamah
Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam?
-RUU 355 tidak akan
mencampuri urusan orang bukan Islam dan hanya melibatkan orang Islam. Pindaan
ini sangat jelas yakni untuk meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tidak.
Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam
Berpelembagaankah RUU 355?
Adakah RUU 355 untuk meminda Akta 355 mengikut lunas-lunas perlembagaan?
-Ya. RUU 355 tidak
bercanggah dengan perlembagaan.
Adakah RUU 355
diperkenalkan mengikut proses yang sah dalam Parlimen?
-RUU 355 adalah sah tetapi
ia menjadi polemik kerana ia pertama kali diperkenalkan oleh pihak bukan
kerajaan.
Adakah pindaan ini akan
dijadikan sebagai satu cara untuk memperkenalkan hukuman Hudud melalui pintu
belakang?
-Selagi kita mengamalkan
demokrasi tiada istilah pintu belakang untuk mengenalkan undang-undang.
Undang-undang mestilah melalui ‘legislature’ (badan perundangan). Dan dalam ‘legislature’
tersebut ada kebebasan bersuara. Kita tidak boleh menutup mulut Ahli-Ahli
Parlimen. Samaada mereka orang Islam atau bukan Islam kita tidak boleh menutup
mulut mereka kerana mereka Ahli Parlimen.
YB Howard Lee
Undang-undang
agama adalah undang-undang yang berlunaskan ketuhanan dan keagamaan yang bagi
mereka yang menganut sesebuah agama tidak wajar dicabar. Kerana itu adalah
kepercayaan dan itu merupakan sesuatu yang bersifat individu dan dalam.
Undang-undang yang diturunkan oleh Tuhan tidak kira agamanya tidak patut
dicabar.
Secara amnya,
kebanyakkan polemik RUU 355 berkisarkan sama ada RUU 355 menuju ke arah hudud
atau RUU 355 adalah hudud dan sama ada pelaksanaan RUU 355 akan memberi kesan
kepada orang bukan Islam juga.
Link di bawah
memaparkan video penuh wacana tersebut. Apa yang ditulis di atas hanyalah
sebahagian kecil isi daripada wacana tersebut bagi memberi sedikit pembukaan
kepada para pembaca. Untuk mendapat infomasi yang lebih mendalam menonton dan
mendalami wacana tersebut. Selamat Menonton!!!
3) Perbandingan Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia? (Perbezaan dan Persamaan)
Piagam Madinah
|
Perbezaan
|
Perlembagaan Malaysia
|
Al-Quran dan As-Sunnah
|
Sumber
|
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957
|
Mengandungi 47 Fasal
|
Ciri-ciri
|
Terbahagi kepada 15 Bahagian dan mengandungi 184 Perkara
|
Nabi Muhammad s.a.w.
|
Pemerintah
|
Raja-raja bertanggungjawab dalam hal agama Islam serta adat istiadat
Melayu manakala urusan pemerintahan kerajaan dijalankan secara demokrasi
berparlimen Perdana Menteri dan Barisan Kabinet
|
Persamaan
|
|
Tujuan
|
Menyatupadukan rakyat berbilang kaum. (yang berlainan sedikit di sini
adalah pihak yang terlibat. Piagam Madinah melibatkan orang Islam, Kafir
serta Yahudi manakala Perlembagaan Malaysia melibatkan Orang Melayu, Cina dan
India)
|
Isi Kandungan
|
Piagam Madinah dan juga Perlembagaan Malaysia mengandungi isu berkenaan
kebebasan beragama. Di dalam Piagam Madinah tertulis bahawa orang Yahudi
dengan agama mereka dan Orang Islam dengan agama mereka (Fasal 25) manakala
Perlembagaan Malaysia tertulis bahawa agama Islam sebagai agama rasmi tetapi
agama lain boleh diamalkan secara aman (Perkara 3 & Perkara 11).
|
Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia memberi jaminan untukmemberi
perlindungan sama rata kepada semua orang yang berpegang kepada Piagam
Madinah atau Perlembagaan Malaysia. Di dalam Piagam Madinah, orang Yahudi
berhak untuk mendapat perlindungan dengan syarat mereka tidak menzalimi orang
Muslim (Fasal 16). Manakala Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan kepada
semua rakyat sama rata tanpa mengira agama, kaum, keturunan, tempat lahir dan
jantina (Perkara 8).
|
Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu untuk mengembalikan kewibawaan Bahasa Melayu di Malaysia. Perarakan ini sebagai simbolik kematian Bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Perarakan Keranda 152 Pertama - 3 Mac 1967
Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Perkara 152 juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukannya secara berperingkat dalam tempoh masa 10 tahun bermula dari 31 Ogos 1957 hingga tahun 1967. Akan tetapi, apabila persidangan Dewan Rakyat yang majoritiny adalah daripada Parti Perikatan membahaskan tentang Perkara 152 janji tersebut diabaikan. Hal ini bertambah parah apabila terdapat beberapa peruntukn di dalam RUU Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama Bidang Kehakiman.
Kemuncak perarakan pada 3 Mac 1967 apabila lebih 2,000 pejuang Bahasa Melayu berhimpun selepas Sembahyang Jumaat. Mereka berarak membawa keranda bertulis Perkara 152 ke Bangunan Perlimen. Namun kerajaan Parti Perikatan tetap berkeras dengan Bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya "Sajak Keranda 152"
Peristiwa 13 Mei telah menjadi detik penting serta peluang terbaik untuk menukar status Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi yang sebenar-benarnya dalam semua majlis dan semua perkara. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan melalui Konvesyen Ekonomi Melayu.
Perarakan Keranda 152 Kedua - 7 Mac 2009
Bantahan secara lembut oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) untuk membantah Dasar Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kurang aggresif menyebabkan muncul sebuah gerakn baharu iaitu Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). GMP telah dilancarkan pada 31 Januari 2009 di Kompleks Membeli-belah SOGO, Kuala Lumpur dan mendapat sokongan ratusan gabungan Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
Kemuncak bantahan pada 7 Mac 2009 menyaksikan perarakan beramai-ramai puluhan ribu rakyat dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum derita lara pelajar yang mengikuti PPSMI dejak 2003 hingga 2009. Akhirnya, kerajaan melalui Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memansuhkan PPSMI pada 8 Julai 2009.
Perarakan Keranda 152 Ketiga - 23 Mac 2016
Selepas pemansuhan PPSMI, kerajaan telah mengumumkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Akan tetapi, Performance and Delivery Unit (PEMANDU) menerusi satu laporan telah mencadangkan perlaksanaan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. DLP mewajibkan 300 sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains, Matematik, Reka Bentuk, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Cadangan ini dibuat secara senyap untuk mengelak kemarahan rakyat yang masih belum reda mengenai PPSMI, akan tetapi hal ini telah disedari oleh kumpulan pejuang bahasa dari pelbagai latar. Situasi bertambah buruk apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat dari kabinet dan diganti oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid. Akibat daripada itu, DLP telah menjadi dasar yang diterima pakai walaupun tanpa konsultasi secara menyelurah dengan semua pihak.
Kemuncak bantahan pada 26 Mac 2016 apabila pejuang bahasa mengusung Keranda 152 yang ketiga di ibu kota. Walaupun perarakan tersebut diisytiharkan sebagai haram oleh pihak polis, para pejuang nekad untuk mengusung Keranda 152 sebagai simbolperjuangan Bahasa Melayu tidak pernah malap malah akan diteruskan oleh gengerasi akan datang.
Rujukan :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keranda_152
No comments:
Post a Comment