Tuesday, October 11, 2016

KERJA MINGGUAN 5


PENGARUH HINDU DAN BUDDHA KE ATAS MASYARAKAT MELAYU AWAL


       Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, pengaruh Hindu dan Buddha ini tidak sangat mempengaruhi penduduk tempatan. Contohnya tidak ada nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali dalam golongan bangsawan sahaja. Sebaliknya nama masyarakat Melayu banyak berunsurkan alam flora contohnya nama bagi wanita yang diambil berdasarkan nama bunga seperti Melur, Tanjung, Kenanga manakala nama bagi lelaki diambil nama hari seperti jumaat, sabtu dan Ahad.
Syed Naquib Al-Attas tidak menafikan bahawa wujud pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dari segi seni budaya dan adat dalam kalangan orang melayu rakyat biasa. Contoh, watak dalam wayang kulit yang memakai nama hidu seperti Ramayana, Siti Dewi, Hanuman dan sebagainya.

Konsep raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu manakala konsep negeri atau Negara dipinjam daripada perkataan Sanskrit. Begitu juga dalam penggunaan susun lapis perlantikan pegawai kerajaan( istana) zaman awal dia alam Melayu secara berangka seperti orang besar berempat, orang besar berlapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga pulu dua adalah pengaruh Hindu.

No comments:

Post a Comment