Tuesday, October 18, 2016

KERJA MINGGUAN 6

Berikan 5 bukti wujudnya keharmonian masyarakat majmuk dalam masyarakat Melayu Melaka ialah:




1) Pengaruh Hindu Buddha yang mengutamakan sistem kelas telah diadaptasikan dalam sistem sosial masyarakat Melayu Melaka.Ini dapat dilihat sendiri dalam sistem masyarakat di Melaka di mana terdapat sisitem kelas seperti kelas raja, kelas bangsawan dan masyarakat bawahan.Rakyat bahawan akan sentiasa mematuhi arahan raja dan golongan bangsawan dan mereka tidak dibernarkan sama sekali untuk mengingkari arahan yang telah diberikan pada mereka. Bagi golongan bangsawan pula mereka hendaklah mematuhi pula arahan dan titah raja dan pada masa yang sama mereka boleh mengarahkan pula golongan kelas bawah mereka. Masyarakat  Melayu Melaka pada waktu itu saling menghormati akan kelas masing-masing dek kerana sifat taat mereka pada raja yang memerintah.


2)Bukti lain bagi menunjukkan keharmonian masyarakat Melayu Melaka dapat dilihat sendiri dengan wujudnya perkahwinan campur yang dimulakan dengan perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po.Hasil dari perkahwinan itu wujudlah suatu hubungan diplomatik yang kuat antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Cina. Dari perkahwinan campur wujudlah juga golongan Peranakan seperti golongan Baba dan Nyonya yang wujud hasil perkahwinan orang-orang tempatan dan pedagang Cina dan golongan Syed Arab.


3)Masyarakat Melayu Melaka telah menyerap masuk ciri-ciri Islam dalam kehidupan harian mereka.Contoh penyerapan itu ialah penggunaan nama Arab serta budaya Arab itu sendiri seperti marhaban dan Majlis Khatam Al-Quran  yang dilakukan sekalian masyarakat Melayu Melaka. Pengaruh Hindu Buddha juga dapat dilihat dalam kebudayaan masyarakat Melaka  seperti adat bersanding dan penggunaan bunga manggar dalam upacara perkahwinan mereka.Adat berninai dan adat membelah mulut bayi juga sebenarnya diadaptasikan dari budaya tamadun Hindu yang telah dibawa oleh pedagang dari India.


4)Penggunaan Bahasa Melayu  yang mudah difahami sebagai lingua franca di mana apabila Melaka telah menjadi pusat tumpuan perdagangan serantau, terdapat pelbagai pedagang dari seluruh dunia seperti dari Arab, China dan India dan kebanyakannya telah tinggal di sini bagi menunggu ketibaan angin yang sesuai. Telah wujud catatan yang menyatakan bahawa terdapat 59 suku pedagang asing yang berdagang di Melaka dan terdapat 84 jenis bahasa yang ditutur mereka. Hasil dari kepimpinan Sultan dan pembesar yang adil golongan ini dapat hidup dengan harmoni. Rahsia kepada situasi harmoni ialah penggunaan bahasa Melayu yang  dijadikan bahasa perantaraan bagi mereka semua.


5)Masyarakat Melayu Melaka mengamalkan proses pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan apa-apa visa mahupun passport sebagai pengenalan diri bagi memasuki perairan laut Melaka serta kawasan sekitarnya dan ini secara tidak langsung memudahkan pedagang dari Arab, China, India dan dari Kepulauan Melayu untuk berinteraksi secara bebas dengan penduduk tempatan. Para pedagang juga secara tidak langsung telah melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan hasilnya wujudlah penerimaan budaya dan perkahwinan campur yang telah dicatat di atas.

No comments:

Post a Comment