Pengajaran Surah Arrum ayat 22
Berdasarkan surah Arrum ayat 22 bagaimana Islam mengiktiraf perbezaan :
Berdasarkan surah Arrum ayat 22 bagaimana Islam mengiktiraf perbezaan :
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ
أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu.
Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang mengetahui.
Ayat diatas menyatakan :
1. Islam tidak membezakan darjat dan kedudukan seseorang
bedasarkan warna kulit (gelap,putih,kuning langsat) atau bahasa (Melayu,
mandarin,tamil).
2. Allah menceritakan bahawa semua manusia berasal
dari seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu Adam dan Hawa.
3. Kekuasaan Allah ditunjukkan melalui penciptaan langit dan bumi. Bagaimana langit boleh berada di atas tanpa sebarang tiang. Bagaimana bumi boleh mengelilingi matahari tanpa berlanggar dengan planet-planet yang lain.
4. Kekuasaan Allah dapat dilihat melalui penciptaan manusia yang mempunyai pelbagai bahasa dan warna kulit. Allah memperlihatkan kepada manusia sebahagian kecil kekuasaanNya melalui manusia supaya manusia mendapat mengambil pengajaran daripada kepelbagaian bangsa serta keistemewaan setiap bangsa yang berlainan.
5. Manusia hanya akan sedar tentang kekuasaan Allah di atas dengan ilmu. Hanya dengan ilmu manusia akan menyedari bahawa ada pencipta yang mencipta segala apa yang ada di muka bumi dan segala isi dalamannya serta selurah alam yang hanya dikenali sebagai ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment